/life-moments/bright-facts/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/social-responsibility/
27 December 2019
By Jo Coughlin
Untuk mengetahui pelbagai Pelan Simpan yang kami tawarkan, sila layari saluran pengagihan di bawah |
||||
---|---|---|---|---|
Agency |
Al-Rajhi |
CIMB |
CO-OP Bank |
Kuwait Finance House |
Sebagai seorang sukarelawan, ia mampu memberikan seseorang kehidupan yang lebih bermakna dengan keyakinan bahawa mereka masih diperlukan dan juga mampu membawa perubahan kepada orang lain yang kurang bernasib baik. Usia bukanlah penghalang dan ini dibuktikan dengan kebanyakan sukarelawan yang sering meneruskan usaha murni mereka hingga ke hari tua.
Tujuan seseorang menawarkan diri untuk memberikan sumbangan tenaga dan masa secara sukarela seringkali berbeza. Ada yang menjadi sukarelawan kerana mereka telah dibesarkan untuk sentiasa menghulurkan bantuan, ada yang memang berprihatin dan berjiwa murni, dan ada juga yang dicetuskan oleh kesedaran itu setelah melalui fasa kehidupan di mana yang tersayang meninggal dunia atau menghidapi penyakit.
Walau apapun sebabnya, kebanyakan pesara mendapati bahawa sebagai seorang sukarelawan, ia bukan sahaja memberi kepuasan apabila dapat menyumbang masa dan tenaga, malah ia menjadikan mereka lebih gembira, lebih mesra dengan masyarakat sekeliling, dan juga menjadi lebih sihat.
Jika anda ingin mula menghulurkan bantuan secara sukarela, anda boleh membuat sedikit penilaian diri dengan beberapa soalan di bawah:
Kemudian, tanya pula diri apa yang anda ingin anda lakukan. Adakah anda ingin terus menggunakan kemahiran profesional anda? Atau mencuba sesuatu yang baharu?
Beberapa kepakaran profesional seperti perakaunan, undang-undang dan pemasaran mempunyai permintaan yang tinggi. Tetapi jika anda percaya perubahan tugas lain akan menjadikan anda lebih gembira, maka lakukannya. Anda tidak akan rugi, malah mungkin akan memperolehi lebih banyak, seperti peluang untuk keluar dari zon selesa, bertemu pelbagai lapisan masyarakat dan memperkasakan kemahiran insan anda.
Apapun pilihan anda, kegiatan sukarela itu akan membawakan manfaat yang tersendiri. Seringkali, aktiviti yang dianggap kecil dan remeh akan memberikan kepuasan terbesar. Sebagai contoh:
Anda pasti dapat mencari sesuatu yang perlu dilakukan. Seperti kata pepatah, “Memberi lebih baik daripada menerima.” Ingatlah bahawa perkhidmatan khas atau kemahiran yang anda hulurkan secara sukarela akan mampu mengindahkan, memberi kesedaran dan mencipta hala tuju yang bermakna dalam kehidupan anda.
Bertanggungjawablah secara sosial dalam seluruh aspek untuk menyokong masyarakat yang lebih baik dan bahagia. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.