/life-moments/bright-facts/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/rewarding-retirement/
27 December 2019
By Dave Dineen
Untuk mengetahui pelbagai Pelan Simpan yang kami tawarkan, sila layari saluran pengagihan di bawah |
|
---|---|
Agency |
CIMB |
Kebanyakan rakyat Malaysia mengisi masa persaraan mereka dengan percutian ke negara-negara kegemaran di Eropah, Jepun, dan sebagainya. Namun begitu, percutian luar negara bukanlah selalu menyeronokkan atau mengujakan tetapi sebaliknya, menyebabkan keletihan dan kesengsaraan akibat terpaksa menghabiskan banyak masa menyelusuri jalan yang tidak selesa, mengulangi laluan yang sama di negara asing, dan adakalanya tersesat.
Jadi, apa yang boleh membuatkan percutian anda menjadi lebih menggembirakan? Berikut adalah beberapa cara yang boleh mengekalkan keceriaan sepanjang percutian anda.
Kebanyakan orang melancong apabila umur dan keadaan kesihatan menghadkan apa yang mampu diterokai dan dinikmati. Tambahan pula, laluan perjalanan di kebanyakan destinasi percutian menjadi semakin mencabar apabila anda semakin berumur.
Jadi, ambillah peluang apabila anda berasa lebih sihat, cergas dan berstamina sekarang kerana anda perlu lebih banyak berdiri dan berjalan semasa bercuti. Ia jauh berlainan dengan rutin harian anda semasa di rumah.
Jika matlamat percutian anda adalah untuk bersantai, pastikan anda menjadikannya istimewa kerana ia adalah pengembaraan anda! Ambillah peluang untuk merasai makanan yang anda belum pernah cuba. Apabila ada kesempatan, cubalah menikmati sajian di restoran tempatan untuk pengalaman yang lebih asli dan menarik serta berbual dengan penduduk setempat. Mereka paling kenal dengan jadual bas, lokasi menarik, tempat makan yang menyelerakan dan macam-macam perkara lagi. Jadi, tanyalah!
Anda akan banyak berjalan semasa bercuti. Sebelum kepenatan menggugat semangat anda, pastikan anda bersinggah sebentar untuk menikmati secawan kopi atau berehat seketika untuk melepaskan lelah. Anda akan berasa lebih segar untuk meneruskan pengembaraan selepas itu. Lakukannya perkara ini beberapa kali sepanjang hari dan anda akan masih bertenaga untuk aktiviti lain walaupun rakan-rakan telah tersandar keletihan.
Jika anda seorang pesara, cubalah bercuti semasa di penghujung musim dan elakkan kumpulan besar atau cuaca panas 40-darjah. Anda tidak perlukan tempahan untuk menikmati hidangan di restoran dan boleh bersantai di luar tanpa bersempit!
Jangan bazirkan terlalu banyak wang untuk hotel supaya anda boleh bermalam untuk beberapa hari yang lebih. Selain itu, pastikan hotel anda adalah berhampiran dengan tarikan pelancong, restoran atau kehidupan malam untuk menyenangkan diri. Jadi walaupun hotel tidak begitu mewah tetapi jika ia berada di lokasi yang strategik, anda boleh menghabiskan lebih banyak masa menerokai tarikan yang ada dan bukan terperap di bilik.
Pelajari beberapa perkataan dan frasa penting yang boleh membantu anda apabila anda bercuti ke luar negara. Sebagai contoh, apabila anda di luar dari kawasan tumpuan pelancong dan beralih ke kejiranan atau pekan kecil di mana segalanya lebih asli dengan budaya tempatan.
Teknologi kini banyak menawarkan pelbagai cara mudah untuk mengelakkan daripada tersesat, samada apabila anda berjalan kaki, menaiki pengangkutan awam atau memandu. Aplikasi mudah alih, peta laluan digital dan peranti sistem kedudukan global (GPS) boleh mengurangan tekanan semasa mengembara.
Selamat Bercuti!
Persaraan adalah waktu untuk anda berehat tetapi fasa kehidupan ini memerlukan perancangan kewangan yang awal. Hubungi penasihat kami untuk perjalanan anda ke arah persaraan yang selesa.