/life-moments/bright-facts/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/rewarding-retirement/
21 February 2020
Untuk mengetahui pelbagai Pelan Simpan yang kami tawarkan, sila layari saluran pengagihan di bawah |
|
---|---|
Agency |
CIMB |
Proses penyediaan pelan kewangan untuk diri sendiri atau keluarga sememangnya sangat rumit dan memerlukan ketelitian serta mengambil masa yang lebih panjang. Namun, terdapat pelbagai manfaat and kelebihan yang menanti anda seperti menambah jumlah simpanan dan bersedia untuk sebarang kecemasan.
Kebanyakan orang kini berminat untuk menyimpan duit, tetapi tidak berjaya melakukannya kerana mereka tidak mempunyai perancangan kewangan yang teratur. Perkara utama dalam perancangan kewangan adalah pemantauan diri di mana kawalan yang lebih teratur ke atas perbelanjaan mampu meningkatkan peluang untuk mencapai matlamat menyimpan wang. Tambahan pula, perancangan kewangan yang perlu anda lakukan tidaklah sukar sekiranya matlamat telah ditetapkan.
Berikut adalah komponen utama yang kita perlukan dalam perancangan kewangan.
Pertama, tentukan semua pendapatan rutin bulanan anda seperti gaji bulanan, pendapatan sewaan hartanah (rumah, bilik sewa) dan sebagainya. Kemudian, senaraikan jumlah perbelanjaan anda dengan terperinci, sama ada ia dibayar secara tunai atau menggunakan kad kredit termasuk semua perbelanjaan kecil.
Apabila semuanya telah disenaraikan, anda akan dapat melihat secara menyeluruh dari mana wang anda diperolehi dan ke mana ia dibelanjakan dengan lebih baik dan jelas.
Cara paling mudah untuk menyimpan adalah memastikan perbelanjaan lebih rendah berbanding dengan pendapatan. Baki wang yang selebihnya pula patut disalurkan sebagai simpanan.
Untuk memulakan tabiat ini, langkah pertama adalah dengan mengurangkan perbelanjaan anda, sedikit demi sedikit. Misalnya, jika anda mendapati anda banyak berbelanja untuk pakaian, apa kata anda cuba mengurangkan kekerapan membeli-belah ataupun jumlah pakaian yang dibeli.
Anda juga perlu meneliti perbelanjaan biasa yang tidak tetap, contohnya jika bil internet anda tinggi, anda boleh cuba menukar kepada pakej internet yang lebih murah. Jika anda menggunakan teksi sebagai pengangkutan utama, anda boleh sesekali cuba beralih kepada pengangkutan awam lain untuk menjimatkan perbelanjaan.
Formula mudah untuk menyimpan biasanya 10% -15% daripada pendapatan selepas ditolak cukai. Bagaimanapun, seorang profesor Harvard bernama Elizabeth Warren mencadangkan formula baru untuk menyimpan: formula 50-30-20.
Kesemua langkah di atas mungkin agak mengelirukan jika ia hanyalah untuk menyimpan sebahagian kecil pendapatan kita sahaja. Tetapi, perancangan kewangan ini sebenarnya adalah permulaan untuk membina kewangan diri atau keluarga yang lebih kukuh dan stabil.
Persaraan adalah waktu untuk anda berehat tetapi fasa kehidupan ini memerlukan perancangan kewangan yang awal.Hubungi penasihat kami untuk perjalanan anda ke arah persaraan yang selesa.
Kesemua langkah di atas mungkin agak mengelirukan jika ia hanyalah untuk menyimpan sebahagian kecil pendapatan kita sahaja. Tetapi, perancangan kewangan ini sebenarnya adalah permulaan untuk membina kewangan diri atau keluarga yang lebih kukuh dan stabil.
Persaraan adalah waktu untuk anda berehat tetapi fasa kehidupan ini memerlukan perancangan kewangan yang awal.Hubungi penasihat kami untuk perjalanan anda ke arah persaraan yang selesa.