/life-moments/bright-facts/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/rewarding-retirement/
24 December 2019
By Jo Coughlin
Kerja, kesihatan, perhubungan merupakan tiga permata utama kebahagiaan di setiap peringkat kehidupan.
Untuk mengetahui pelbagai Pelan Simpan yang kami tawarkan, sila layari saluran pengagihan di bawah |
|
---|---|
Agency |
CIMB |
Terdapat beberapa komponen yang penting untuk anda memperolehi kebahagiaan setelah bersara seperti mengekalkan kecergasan dengan menambah baik kesihatan, menjalin hubungan yang baik dengan rakan-rakan, serta menerokai hobi atau aktiviti yang berkekalan selepas menamatkan kerjaya anda.
Untuk mengindahkan kehidupan diri, kebahagiaan adalah sesuatu yang patut dirasai oleh semua dan memainkan peranan penting pada setiap peringkat umur, terutamanya semasa zaman persaraan.
Jadi, apakah itu kebahagiaan?
Kebahagiaan adalah seperti senyuman yang menjadikan wajah anda berseri-seri apabila berjaya melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Sama juga dengan senyuman pada detik anda merasai kesejahteraan dan kepuasan apabila dapat berlari lebih lama dan pantas serta mampu melayan si cilik anda bermain di laman. Tidak lupa, senyuman apabila berasa gembira semasa meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Tanyalah sesiapa sahaja untuk maksud kebahagiaan mereka dan anda akan mendapati pelbagai jawapan. Bagi kebanyakan, kebahagiaan adalah memiliki seorang tersayang untuk dicintai, mempunyai sesuatu gembira untuk dilakukan, dan memiliki harapan masa depan cerah.
Sigmund Freud pernah menerangkan bahawa kemampuan untuk mencintai atau menyayangi serta kemampuan untuk bekerja sebagai tonggak utama kesihatan mental. Oleh itu, kita mengetahui dan menyedari kepentingan kesihatan yang baik adalah salah satu elemen penting untuk kebahagiaan.
Kerja, kesihatan, perhubungan merupakan tiga permata utama kebahagiaan di setiap peringkat kehidupan. Inilah sebabnya.
Kerja bukan sekadar memberi kita pendapatan tetapi ia turut melambangkan identiti seseorang. Apabila kita bersara, kejayaan yang diraih sepanjang kerjaya akan semakin kurang atau hilang, malah hubungan baik dengan rakan setugas pula semakin rapuh kerana haluan yang berbeza. Untuk memperolehi persaraan yang membahagiakan, kita perlu mengisi semula masa lapang dengan aktiviti-aktiviti setelah bersara.
Dari saat kita dilahirkan, kerja telah membentuk sebahagian besar dalam kewujudan kita. Sebagai kanak-kanak, tugas kita adalah belajar, dan sebagai orang dewasa pula, kerja adalah mata pencarian kita. Dalam hal ini, melihat masa persaraan sebagai ketiadaan kerja agak tersasar daripada kebenaran.
Pada hakikatnya, masa yang kita rasa amat bahagia adalah semasa terlibat dalam aktiviti yang menyenangkan hati kita, memastikan minda kita sentiasa tajam dan peka, menghubungkan kita dengan orang ramai, dan mendedahkan kita kepada pengalaman baru. Sama juga seperti pesaraan.
Tidak lupa, kesihatan diri turut menjadi komponen penting untuk persaraan yang bahagia. Ia memerlukan disiplin and tindakan seimbang seperti pemakanan yang teliti, bersenam dengan kerap dan tidur yang mencukupi.
Akhirnya, hubungan erat dengan orang tersayang and kawan-kawan juga menjadikan kehidupan kita lebih bermakna. Terutamanya, apabila kita dikelilingi oleh mereka yang boleh berkongsi kegembiraan dengan kita, dan memberi sokongan apabila kita di dalam kesukaran. Satu pelukan atau sepatah kata penguat semangat mampu mendekatkan kita bersama dan menjadi sumber kekuatan.
Persaraan adalah waktu untuk anda berehat tetapi fasa kehidupan ini memerlukan perancangan kewangan yang awal. Hubungi penasihat kami untuk perjalanan anda ke arah persaraan yang selesa.