Explore Sun Life Financial Worldwide

Money Matters

Life Moments

25 March 2019

Kenali personaliti wang anda

Kenali personaliti wang anda

Jom ceriakan hari anda dan jawab kuiz kami untuk mengetahui apakah personaliti wang anda.

Jawab kuiz kami untuk mengetahui bagaimanakah sikap anda terhadap cukai, belanjawan, beli-belah, dan perancangan mampu mencerminkan diri anda, dan apakah yang boleh anda lakukan untuk memperbaikinya.

Sama ada semasa tempoh pelaporan cukai pendapatan, akhir tahun atau permulaan tahun persekolahan, wang sering menjadi perkara utama yang bermain di minda. Jom ceriakan hari anda dan jawab kuiz kami untuk mengetahui apakah personaliti wang anda. Pilih jawapan paling tepat untuk setiap soalan, kira jawapan anda dan lihat apakah yang ditunjukkan oleh keputusan tersebut mengenai anda. Kemudian, ketahui apa yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki skor anda.

1. Bagaimana anda menyimpan resit anda?

  • Saya menyimpan semua resit elektronik di dalam fail khas berserta salinan imbasan semua resit kertas.
  • Saya memilik fail kertas yang menyimpan cetakan semua resit elektronik yang saya temui dalam emel saya.
  • Kotak kasut...entah di mana
  • Resit?

2. Siapakah yang menyediakan pelaporan cukai anda dan bila anda failkannya?

  • Akauntan saya atau syarikat perakaunan runcit, sebaik sahaja saya mendapat semua resit saya
  • Saya melakukannya sendiri, atau meminta bantuan abang ipar saya, pada pertengahan April.
  • Saya cari video cara-failkan-cukai-pendapatan di Youtube dan failkannya di saat akhir.
  • Tiada siapa. Saya tak bayar cukai bertahun lamanya (Shhhhh…)

3. Apakah pendapat anda mengenai belanjawan?

  • Pencinta nombor 1! Saya selalu kemaskini buku kira-kira saya.
  • Tak suka tapi satu keperluan.
  • Saya patut ada satu, tapi tak pernah buat.
  • Euwwww.Belanjawan hanya mengganggu gaya saya.

4. Apakah persediaan anda sebelum membeli barangan runcit?

  • Saya semak risalah jualan, buat senarai, dan patuhinya.
  • Saya boleh bayangkan apa yang saya perlu, dan saya bandingkan harga barangan.
  • Saya tunggu hingga peti sejuk saya kosong dan saya berasa lapar, lalu saya membeli apa saja yang nampak menarik.
  • Saya selalunya makan di kedai. Dalam peti sejuk saya hanya ada sebotol mentega kacang dan lebihan piza.

5. Adakah anda mempunyai pelan kewangan?

  • Ya; saya mempunyai pelan kewangan sejak mula bekerja, dan ia sering dikemaskini.
  • Ya; saya akan bersara dalam beberapa tahun lagi, jadi baru-baru ini saya bertemu dengan penasihat kewangan untuk merancang persaraan saya.
  • Saya rasa saya patut ada pelan kewangan, tapi saya belum buat lagi.
  • Siapa yang perlukan pelan kewangan? Hidup ini hanya sekali lah!

6. Adakah anda bersedia untuk menghadapi persaraan?

  • Bersedia sepenuhnya. Saya tahu bila dan sebanyak mana yang saya perlu simpan, dan saya akan mencapai matlamat saya, malah mungkin lebih awal dari perancangan.
  • Bersedia sewajarnya. Saya boleh bayangkan apa yang perlu saya simpan, dan saya yakin akan mencapainya – tapi mungkin terlewat satu atau dua tahun dari yang saya mahu.
  • Saya rasa saya mungkin tidak boleh bersara.
  • Siapa yang mahu berfikir mengenai hari tua?

Apakah keputusan diperolehi yang mencerminkan diri anda:
Kebanyakannya (a): Anda seorang yang teliti, berhemat dan pintar teknologi.
Kebanyakannya (b): Anda seorang yang bertanggungjawab mengenai wang anda dan cuba melakukan sewajarnya. Anda mungkin tidak dapat bersara pada umur 40 dengan berjuta-juta di bank, tapi dengan sedikit rezeki, anda akan berada di zon selamat.
Kebanyakannya (c): Anda tidak berfikir panjang tentang wang kerana ia membuatkan anda stres.
Kebanyakannya (d): Anda boros dan sentiasa berpesta, tapi apa yang anda akan lakukan apabila pesta berakhir?

Seperti yang kami katakan, kuiz ini hanyalah sekadar untuk menceriakan hari anda. Untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai keadaan anda dan merancang jaminan kewangan anda, cubalah luangkan sedikit masa dengan seorang penasihat kewangan.

Pengurusan kewangan bijak adalah penting untuk kehidupan yang lebih selesa. Hubungi penasihat kami dan mereka akan membantu perancangan masa hadapan anda yang lebih cerah.