/life-moments/bright-facts/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/money-matters/
8 April 2020
By C. Quiambao
Namun begitu, masalah sebenar seorang yang gemar membeli-belah, sama seperti kelemahan lain, ialah diri sendiri. Ditambah pula dengan pelbagai tawaran jualan dan promosi dalam talian, perbelanjaan yang kerap namum tidak bijak berlaku dengan mudah.
1. Bezakan antara “Keperluan” dan “Kemahuan”
Keperluan sememangnya berbeza daripada kemahuan di mana keperluan adalah barangan atau perkara yang membolehkan anda menjalani kehidupan seharian, bekerja dan mendapatkan pendapatan. Makanan, ubat-ubatan, dan membina simpanan anda nyatalah lebih penting berbanding dengan pakaian baru yang menarik perhatian anda. Anda perlu menyenaraikan “keperluan” dan “kemahuan” sendiri dan hanya merujuk kepada senarai “keperluan” terlebih dahulu sebelum membeli sebarang “kemahuan”.
2. Kirakan jumlah jam kerja yang diperlukan untuk setiap pembelian
Anda pasti tahu berapa pendapatan yang diraih dari masa anda bekerja setiap hari. Apa kata anda cuba mengira pembelian impulsif anda mengikut nilai gaji anda sejam? Bila dikira, pembelian dalam talian anda pastinya tidak lagi mengujakan apabila anda menyedari ia sebenarnya bersamaan atau mungkin melebihi nilai kerja keras anda selama dua minggu.
3. Memahami pencetus perbelanjaan anda
Sungguhpun membeli-belah amat menyeronokkan, ramai di antara kita melihatnya sebagai tindakan refleks kepada apa yang sedang berlaku di sekeliling kita: kebosanan, stres, kemalasan, dan juga apabila kecewa hati. Sebelum anda mula menggunakan aplikasi membeli-belah dalam talian tersebut, apa kata anda fikir semula dan tanya diri anda: adakah tindakan anda tersebut untuk melegakan hati? Sebaliknya, anda boleh cuba berlari santai atau menonton wayang sebagai alternatif yang lebih bijak untuk menjimatkan wang dan masa anda.
4. Buat belanjawan dan patuhinya
Dengan adanya belanjawan, anda boleh mengasingkan sedikit wang setiap bulan khas untuk perbelanjaan dalam talian anda. Untuk mengawal diri anda dengan lebih baik, janganlah pilih pembayaran secara tunai atau perbankan dalam talian semasa penghantaran. Sebaliknya, anda boleh mengguna aplikasi kredit yang perlu ditambah nilai. Apabila kredit anda telah habis digunakan, begitu juga dengan belanjawan anda.
5. Bincang dengan yang tersayang mengenai pembelian besar
Jika anda perlu memintas petugas penghantaran supaya isteri atau suami anda tidak mengetahui tentang pembelian anda sekali lagi, ia adalah petanda penting untuk anda menilai semula tabiat membeli-belah anda. Pembelian barangan berharga perlulah dibincang dengan pasangan anda. Ia akan membantu mengekalkan keharmonian dalam kehidupan keluarga anda.
6. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan hari ini
Satu cara yang amat berguna sebelum membuat keputusan penting adalah dengan memikirkannya semula dan membuat keputusan pada keesokan hari. Minda yang tenang dan segar biasanya dapat membuat keputusan yang lebih teliti dan bertanggungjawab berbanding minda yang penat atau tertekan.
7. Elakkan godaan
Jika aplikasi membeli-belah yang berwarna-warni mengujakan anda, anda patut terus memadamkan aplikasi tersebut. Sebaliknya, anda boleh memuat turun ia semula hanya pada detik istimewa atau secara berkala sahaja. Kemudahan dan “tawaran” sentiasa akan berada di hujung jari anda dengan teknologi canggih sekarang.
8. Guna aplikasi/alat untuk mencegah tabiat beli-belah
Aplikasi belanjawan seperti Simple Budget Planner dan Money Lover boleh membantu anda merancang belanjawan bulanan anda dan menentukan berapa untuk diasingkan sebagai simpanan, pembayaran bil dan membeli-belah. Muat turun dan pasangkan aplikasi dalam talian bank anda untuk menjejak pengeluaran, pembelian, dan kredit anda. Gambaran kewangan anda yang menyeluruh mampu memberikan kesedaran diri untuk menangani keinginan dan kekerapan membeli belah dalam talian.
9. Auto debit simpanan dan perbelanjaan anda
Apa yang menjadikan pembelian dalam talian menarik adalah kemudahan yang disediakan dan proses yang membentuk tabiat tersebut. Berita baiknya adalah kelebihan yang sama ini boleh digunakan untuk merancang kewangan anda.
Anda boleh menggunakan auto debit untuk pembayaran bil dan lain-lain dalam talian, terutamanya untuk insurans dan dana amanah anda. Baki yang tinggal selepas semua keperluan anda termasuk untuk simpanan masa depan telah diperuntukkan bolehlah diandaikan sebagai wang yang bebas digunakan untuk memenuhi kemahuan anda.
Pembelian dalam talian, walaupun dengan semua kelebihan dan kekurangannya, akan terus kekal dalam kehidupan kami sekarang dan pada masa depan. Sebagai pengguna yang bijak, anda harus bertanggungjawab untuk mengawal tabiat pembelanjaan anda dan membuat penyelarasan apabila diperlukan.
Pengurusan kewangan yang bijak adalah penting untuk kehidupan yang lebih selesa. Hubungi penasihat kami untuk mendapatkan nasihat dan bantuan perancangan masa hadapan anda yang lebih cerah.