/life-moments/bright-facts/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/money-matters/
13 January 2020
1. Tetapkan matlamat hidup
Matlamat hidup yang jelas merupakan pendorong utama untuk dijadikan motivasi dan panduan bagi mencapai objektif anda. Sekiranya objektif anda memerlukan sedikit pembiayaan, contohnya untuk percutian yang diimpikan, penetapan matlamat akan memberi inspirasi untuk anda membuat simpanan dan berbelanja dengan lebih berhemah kerana ia disokong oleh satu tujuan utama.
2. Menyimpan duit dengan bijak
Untuk membina sebuah simpanan, ia memerlukan anda untuk menilai keperluan asas diri, meletakkan kepentingan berbanding kemahuan anda, dan juga memilih untuk membeli hanya perkara penting sahaja bagi meringankan perbelanjaan. Tidak dinafikan bahawa menyimpan duit melibatkan disiplin dan komitmen tetapi apabila dilakukan secara konsisten, ia pasti akan membantu anda membina simpanan dan membolehkan anda mencapai matlamat yang diingini.
3. Sediakan dana kecemasan
Pastikan anda menyediakan dana kecemasan yang bersamaan dengan sekurang-kurangnya 3 kali ganda perbelanjaan bulanan anda untuk membantu anda bertahan sekiranya ditimpa penyakit atau kejadian yang tidak dijangka.
4. Dapatkan insurans
Insurans hayat akan melindungi anda dan sekeluarga apabila berdepan dengan perkara yang tidak diingini atau dijangka dan ia juga dapat menjamin pendapatan masa depan untuk mereka yang tersayang sekiranya sesuatu yang tidak diduga terjadi kepada anda.
5. Atasi kadar inflasi
Kekalkan kuasa membeli yang dimiliki oleh simpanan anda dengan mencari Instrumen kewangan lain yang membolehkan wang anda menjana pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan kadar inflasi dan ia juga dapat membantu anda mencapai matlamat dengan lebih pantas.
6. Dapatkan bantuan profesional
Dengan adanya nasihat profesional, ia akan memberikan anda kesemua pilihan yang tersedia untuk membuat keputusan kewangan yang paling sesuai dan penting bagi diri sendiri. Perunding kewangan kami yang berpengetahuan telah diberikan latihan sepenuhnya mengenai produk dan perkhidmatan Sun Life Malaysia supaya mereka dapat memperkasakan anda dengan pilihan yang memenuhi matlamat serta keperluan anda. Dapatkan temu janji anda bersama perunding kami di sini.
7. Tumpukan perhatian untuk mencapai matlamat
Pastikan anda berfikir untuk jangka masa panjang dan kerap memantau perkembangan anda sebagai panduan untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan. Antaranya ialah kaedah tradisional yang dipercayai dengan menggunakan jadual perancangan atau cara moden menggunakan aplikasi pengurusan kewangan dan penetapan matlamat.
Pengurusan kewangan bijak adalah penting untuk kehidupan yang lebih selesa. Hubungi penasihat kami dan mereka akan membantu perancangan masa hadapan anda yang lebih cerah.