/life-moments/bright-facts/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/money-matters/
7 October 2019
By Brenda Spiering
2. Penggabungan kewangan anda bersama yang tersayang
Apabila anda mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang anda bersama cinta hidup anda, anda bukan sekadar menggabungkan isirumah anda sahaja. Anda juga perlu berfikir tentang cara terbaik untuk menggabungkan kewangan kedua-dua pihak. Sama ada merancang kos perkahwinan atau mencari jalan untuk menyesuaikan matlamat kewangan dan simpanan yang berbeza, seorang penasihat kewangan boleh membantu anda menghasilkan pelan jangka panjang yang bersesuaian untuk matlamat anda berdua.
3. Pembinaan keluarga baru
Kehadiran cahaya mata baru semestinya akan mengubah segala corak kehidupan anda, termasuk pelan kewangan. Oleh itu apabila anda mula membina keluarga, anda perlu mempertimbangkan kos tambahan untuk membesarkan anak-anak, dari zaman taska sehinggalah ke tahap universiti. Penasihat kewangan boleh membantu anda untuk lebih bersedia dalam merancang kos tersebut dan menyediakan maklumat mengenai pilihan kaedah simpanan kepada anda.
4. Kejadian yang tidak diingini
Bukan semua situasi mahupun baik atau buruk, boleh dirancang terdahulu atau dialukan pada bila-bila masa. Rintangan seperti kehilangan pekerjaan, kesakitan atau kematian dalam keluarga adalah lumrah hidup dan peristiwa penting yang boleh menjejaskan situasi kewangan anda. Di sinilah seorang penasihat kewangan boleh membantu anda bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut dengan menyarankan produk insurans/takaful yang bersesuaian dan/atau membantu anda membina dana kecemasan. Dengan cara ini, anda akan memiliki jaring keselamatan yang tersedia jika dan apabila anda memerlukannya.
5. Persaraan
Ia adalah penting bagi anda untuk menyemak pelan simpanan persaraan anda secara berkala dengan penasihat kewangan anda untuk memastikan simpanan dan pelaburan anda berada di landasan yang betul seperti mana yang dirancang untuk menyokong matlamat persaraan anda. Anda perlu kerap menyemak pelan anda untuk memastikan ia bersesuaian untuk menampung gaya hidup semasa anda sekeluarga serta mencapai kehidupan yang diingini pada masa depan dan juga untuk mengatasi perubahan pelaburan anda di pasaran kewangan.
Pengurusan kewangan bijak adalah penting untuk kehidupan yang lebih selesa. Hubungi penasihat kami dan mereka akan membantu perancangan masa hadapan anda yang lebih cerah.
Perancangan kewangan anda biasanya akan berubah mengikut peringkat hidup anda, sama ada perkahwinan, pekerjaan baru atau kehadiran cahaya mata. Walaupun perancangan masa hadapan merupakan pengalaman yang mengujakan, namun anda perlu bersedia untuk rintangan yang tidak dijangka kerana bukan semua perkara akan kekal seperti masa sekarang.
Oleh itu, anda kena berfikiran terbuka apabila mula berbicara dengan seorang penasihat kewangan. Ini kerana anda perlu mempertimbangkan hala tuju kehidupan anda dalam jangka masa panjang, dan membuat persediaan untuk sebarang kejutan yang mungkin berlaku dalam kehidupan anda (sama ada dialukan atau tidak).
Berikut adalah lima matlamat hidup penting anda yang boleh dicapai dengan bantuan seorang penasihat kewangan.