Explore Sun Life Financial Worldwide

Health For Life

Life Moments

18 April 2019

Tips mengekalkan badan cergas dan sihat bersama keluarga dan rakan-rakan

Tips mengekalkan badan cergas dan sihat bersama keluarga dan rakan-rakan

Lima cara untuk kekal cergas, dan berseronok melakukannya
Sebagai inspirasi buat anda, berikut adalah beberapa cara mudah untuk kekal cergas bersama keluarga dan rakan-rakan.

Mengambil keputusan untuk menjalani gaya hidup sihat, seperti bersenam dengan kerap dan teratur, boleh mengurangkan risiko untuk mengalami diabetes Jenis 2, penyakit berbahaya yang boleh mengurangkan hayat anda. Cara terbaik untuk kekal cergas adalah mengajak keluarga dan rakan-rakan untuk bersenam bersama anda.

1. Mempelajari kemahiran baharu
Sertai kelas permulaan bagi acara sukan atau aktiviti kecergasan yang belum pernah anda atau rakan/keluarga anda lakukan. Antara yang boleh dicuba termasuklah Zumba, memanjat batu dalam dewan dan sebagainya. Kejayaan mempelajari kemahiran yang baharu akan memberi kepuasan yang mengujakan, pencapaian hebat yang diraikan bersama.

2. Ajak untuk bersenam di luar
Cuba ajak mereka berjalan di taman dan bukan sekadar menjamu selera di restoran. Ia salah satu cara yang mudah untuk meluangkan masa sambil bercerita, menghirup udara segar dan melakukan senaman ringkas. Selitkan laluan yang bertangga untuk memberi sedikit cabaran senaman yang mampu membuatkan jantung anda berdegup lebih pantas.

3. Menikmati pemandangan dan udara segar
Mengayuh basikal di hujung minggu juga cara yang menyeronokkan membawa seisi keluarga ke luar untuk menikmati pemandangan dan udara segar sambil bersenam – ia sangat mengujakan dan mereka pasti tidak sedar bahawa peluh mereka sedang mengalir laju! Jangan lupa, pastikan semua orang memakai topi keledar dan pakaian keselamatan reflektif. Untuk kanak-kanak, rancang laluan dengan hentian menarik seperti pantai, taman permainan, atau zoo tempatan, untuk menggalakkan mereka meneroka sesuatu yang baharu.

4. Main air
Main air! Daftarkan seisi keluarga anda untuk mengikuti latihan sukan air di kolam renang berhampiran. Aktiviti seperti papan dayung berdiri, berkayak dan renang snorkel adalah antara senaman aerobik yang bagus untuk semua peringkat umur. Hanya pastikan anda mempunyai jurulatih bertauliah, setiap orang mampu berenang sekurang-kurangnya sejauh 50 meter sebelum turun ke kolam tanpa bantuan pelampung keselamatan, ada penyelamat yang bertugas, dan kanak-kanak diwajibkan memakai apungan lengan.

5. Sertai larian tahunan Sun Life Resolution Run
Daftar untuk menyertai larian tahunan Sun Life Resolution Run bersama rakan-rakan dan keluarga anda! Nantikan pengumuman di laman media sosial kami. Pada tahun 2019, lebih 16,000 peserta telah berlari dengan jumlah kejauhan 110,000 kilometer, serta mengutip dana berjumlah C$250,000 untuk badan kebajikan diabetes. Tetapkan matlamat yang ingin anda capai dan berlatih bersama rakan-rakan dan keluarga anda demi mencapainya adalah cara yang hebat untuk terus bersenam dengan semangat yang membara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan orang dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas agar melakukan senaman sederhana-hingga-berat selama 150 minit setiap minggu. Namun begitu, 23% orang dewasa di seluruh dunia pada hari ini tidak menuruti saranan tersebut. Kajian menunjukkan bahawa kurang bersenam adalah punca yang menyebabkan 3.2 juta kematian setiap tahun akibat penyakit yang boleh dicegah seperti diabetes Jenis 2, serangan jantung, strok dan kanser.1

Memulakan rutin senaman dan kekal melakukannya bukanlah mudah, tetapi apabila keluarga dan rakan-rakan turut bersenam bersama-sama ia boleh membakar semangat untuk berjaya. Kajian menyatakan apabila anda kekal aktif bersama teman rapat, ia mampu meningkatkan keupayaan anda untuk menghilangkan berat. Berdasarkan kajian oleh University of Pennsylvania, mereka yang menyertai kelas senaman bersama rakan sering hadir dengan konsisten dan mengalami penurunan berat badan berbanding mereka yang pergi berseorangan.2

Sebabnya amat mudah! Rakan-rakan dan keluarga adalah kumpulan sokongan terbaik yang membantu memastikan rutin senaman baharu anda dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di saat kehidupan kita susah ataupun senang, mereka sentiasa di sisi, mengambil berat tentang kesihatan kita, dan memberi motivasi untuk terus bersemangat menghadapi dugaan. Selain itu kita juga dapat meluangkan masa berkualiti bersama mereka, sekaligus menjadikan senaman sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.

Walaupun orang ramai memahami bahawa bersenam mampu mencegah diabetes, hanya 32% sahaja daripada kumpulan soalselidik Sun Life Financial Asia Diabetes Awareness Study yang sanggup bersenam bersama demi menyokong ahli keluarga yang menghidap diabetes. Sebenarnya, salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai rakan atau keluarga yang sedang menghidap diabetes adalah menawarkan diri untuk bersenam bersama mereka.

Kesihatan demi kehidupan. Apakah yang lebih penting daripada mempunyai kesihatan yang baik untuk diri sendiri? Hubungi penasihat kami hari ini untuk cara ke arah kehidupan yang lebih sihat.

References:

  1. Global Status Report on Noncommunicable Diseases 2014 (World Health Organization, 2014), p. xiii.
  2. https://www.telegraph.co.uk/news/health/news/6438994/Exercising-with-a-friend-helps-to-lose-more-weight.html