/life-moments/bright-facts/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/health-for-life/
22 October 2020
Untuk mengetahui pelbagai pelan kesihatan yang kami tawarkan, sila layari saluran pengagihan di bawah |
|||
---|---|---|---|
Agency |
Al-Rajhi |
CIMB |
Online |
Dalam perjalanan menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat, anda mestilah ingat bahawa perubahan yang paling ketara dan berkekalan adalah bermula dengan menukar satu tabiat kecil terlebih dahulu. Janganlah cuba semua tips kecergasan sekaligus sedangkan anda tidak biasa melakukannya.
Jadi, apakah jenis aktiviti yang anda perlu lakukan? Bagaimanakah untuk menyediakan satu program latihan yang bersesuaian dengan usia, matlamat, jadual, dan tahap kecergasan anda?
Berikut adalah tips mudah untuk membantu anda lebih fokus dalam meningkatkan kesejahteraan diri.
PEMAKANAN1. Minum air yang cukup
2 - 3 liter air adalah jumlah yang disyorkan bagi setiap orang. Untuk menggalakkan diri, pastikan botol air minuman sentiasa diisi penuh dan berada berhampiran anda.
2. Gantikan minuman berkalori dengan jus
Minuman kegemaran ramai seperti soda, air kordial buah-buahan, teh tarik, dan minuman tenaga mengandungi kalori dan gula yang tinggi. Untuk kebaikan diri, anda boleh menggantikannya dengan minuman lain seperti jus sayur-sayuran yang menggunakan teknologi perahan sejuk di mana kalori adalah rendah dan ia juga kaya dengan vitamin dan mineral.
3. Fokus kepada kualiti makanan
Jika anda boleh memastikan makanan anda mengandungi nutrisi yang diperlukan, anda tidak perlu bimbang tentang jumlah kalori yang diambil. Pentingkan kualiti berbanding kuantiti dengan membaca label makanan dan ramuan-ramuan tersenarai. Dengan cara ini, anda dapat menentukan apakah makanan yang bersesuaian diet anda, apa yang boleh diambil sekali-sekala, dan apakah yang perlu dielakkan.
4. Tetapkan waktu pemakanan
Tetapkan ritma atau corak pemakanan dan cuba makan pada waktu yang sama setiap hari untuk kesihatan penghadaman optimum.
1. Lakukan senaman ringan ketika bekerja
Jika anda sering duduk di meja sepanjang hari, apa kata anda cuba membuat senaman ringan atau berjalan- jalan selama 5 - 10 minit untuk membantu sistem peredaran darah anda selepas setiap 40 – 60 minit bekerja.
2. Terokai pilihan senaman yang digemari
Apa yang baik untuk orang lain mungkin tidak sesuai untuk anda, jadi anda kena cari pilihan senaman anda tersendiri. Senaman anda tidak semestinya sentiasa berintensiti tinggi. Yang penting ialah kekerapan pergerakan yang lebih bermanfaat berbanding senaman intensiti tinggi yang jarang dilakukan.
3. Dapatkan bantuan profesional
Sebagai pelaburan untuk kesihatan anda, dapatkan jurulatih atau guru kecergasan profesional untuk mengajar senaman atau pergerakan asas yang tidak akan mencederakan diri anda. Mereka juga dapat mendorong anda sehingga anda mencapai tahap kecergasan yang diinginkan.
4. Lakukan senaman yang menyeluruh
Gabungkan komponen kesihatan dan kecergasan tubuh badan seperti latihan kekuatan, kardio dan pergerakan dalam regimen kecergasan anda untuk meningkatkan kekuatan otot, stamina dan sistem imunisasi diri.
1. Kawal tahap stres
Kehidupan kita boleh menjadi terlalu sibuk sehingga tidak menyedari apabila perkara seperti pekerjaan atau kewangan telah memberi kesan negatif ke atas kesihatan kita. Setiap kali berasa stres, anda boleh cuba melakukan latihan pernafasan dalam bagi mendapatkan lebih oksigen ke dalam otot dan sel untuk mengurangkan ketegangan.
2. Mulakan amalan meditasi
Sepuluh minit adalah permulaan yang baik untuk menenangkan minda dan melegakan tekanan.
1. Dapatkan tidur secukupnya
Waktu tidur adalah satu-satunya masa di mana tubuh dapat pulih sepenuhnya daripada aktiviti fizikal dan ketegangan harian. Anda patut tetapkan waktu tidur yang sama setiap malam untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya dan memberi kesan positif kepada tubuh anda.
2. Simpan peranti elektronik semasa sebelum tidur
Pastikan anda tutup semua peranti satu atau dua jam sebelum tidur kerana cahaya dari peranti akan memperdaya tubuh kita untuk menyangka hari masih siang sekaligus menyebabkan kita berjaga lebih lama.
Ingatlah bahawa kunci untuk mencapai matlamat kesejahteraan anda adalah dengan rutin yang konsisten. Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menyertai trend kecergasan yang keterlaluan atau diet yang sukar, tetapi sebaliknya mulakan dengan mengubah beberapa tabiat kecil secara progresif. Setelah anda merasai bahawa ia menyumbang kepada kesejahteraan diri secara menyeluruh, anda pasti tidak sabar untuk mengekalkan amalan-amalan yang sihat dalam jangka panjang.
Tiada yang lebih penting selain kesihatan diri anda yang baik.
Hubungi penasihat kami hari ini untuk mengetahui cara ke arah kehidupan yang lebih sihat dan dilindungi.