/life-moments/bright-facts/
/life-moments/bright-facts/
/life-moments/money-matters/
/life-moments/bright-facts/
/life-moments/health-for-life/
/life-moments/bright-facts/
/life-moments/social-responsibility/
/life-moments/bright-facts/
/life-moments/rewarding-retirement/
/life-moments/bright-facts/
3 July 2019
By Gerald McGroarty
Sedang tercari-cari cara untuk kerja dan kehidupan yang lebih seimbang?
Bagi kebanyakan di antara kita, tiada sempadan di antara bermula dan berakhirnya hari kerja. Dengan kemajuan teknologi, kita mendapati diri kita sentiasa berkejar untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai projek, mesyuarat dan e-mel.
Oleh kerana kita sering perlu menyiapkan tugasan di luar waktu pejabat, anda pasti tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah kita capai pada hari tersebut.
Keseimbangan kerja-kehidupan sebenarnya tidak pernah seimbang. Keadaan yang amat berat sebelah ini membuatkan kita menerima waktu kerja yang panjang sebagai sesuatu yang normal. Tetapi ia adalah tidak normal dan ia juga tidak sihat.
Berikut adalah lima cara anda boleh membawa lebih banyak kehidupan dalam kerja dan kurang kerja dalam kehidupan anda:
1. Keutamaan
Kerja: Fokus kepada projek dan tugasan dengan keutamaan tertinggi. Adalah amat penting untuk anda menyenaraikan apa yang harus dilakukan sekarang dan apa yang boleh dilakukan kemudian. Berikan 90% tenaga anda untuk perkara yang penting
Kehidupan: Senaraikan perkara yang paling penting dalam kehidupan anda dan pastikan ia berada dalam jadual anda. Sebagai contoh, perancangan aktiviti hujung minggu yang menggembirakan bersama keluarga akan membantu anda memastikan anda berehat seketika daripada rutin dan tugas di hujung minggu demi menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang.
2. Minta bantuan
Kerja: Jangan takut untuk meminta bantuan apabila kerja anda terlalu banyak. Meminta bantuan bukanlah satu kelemahan; ia adalah petanda bahawa seseorang itu tahu cara untuk menyelesaikan tugas demi kepentingan kumpulan.
Kehidupan: Jika keadaan menjadi sukar, berjumpalah dengan mereka yang boleh membantu anda. Sokongan memberi kekuatan, dan jika stres mula dirasa, segeralah berbincang. Jika anda bernasib baik mempunyai majikan yang menawarkan program kesejahteraan atau bantuan pekerja, pastikan anda mengikutinya.
3. Tinggalkan kerja di pejabat
Kerja: Kebanyakan rakan setugas anda memahami ada kehidupan di sebalik pekerjaan. Jika mereka tidak melihatnya, beri peringatan. Elakkan daripada menyemak e-mel selepas waktu bekerja atau menyiapkan kertas pembentangan. Biasanya, tugasan itu boleh dilakukan pada keesokan hari. Hanya maklumkan rakan setugas mengenai kerja yang sedang anda lakukan (atau tidak lakukan) dan lihat bagaimana ia berfungsi.
Kehidupan: Apabila anda menerima saranan di atas dengan hati terbuka, anda boleh menggunakan masa terluang ini bersama mereka yang berada di senarai teratas keutamaan anda.
4. Katakan tidak
Kerja: Ada kalanya kita perlu berkata tidak, dan walaupun ia sukar untuk mula dilakukan tetapi apabila kerap dinyatakan, ia menjadi lebih mudah. Sama ada anda diminta untuk mengendalikan projek baharu atau bekerja di hujung minggu, anda berkuasa untuk mengatakan tidak kepada perkara yang boleh mengganggu keseimbangan hidup anda.
Kehidupan: Tuntutan dan permintaan daripada orang lain adalah rencah kehidupan, tetapi ada kalanya tidak bermaksud tidak. Anda tidak dapat memuaskan hati semua, jadi katakan ya untuk perkara penting dan tidak kepada permintaan “Saya-ada-perkara-lain-yang-lebih-penting-untuk-masa-saya”.
5. Segarkan-semula
Kerja: Ada masanya kita terlalu teruja untuk menyelesaikan tugasan sehingga kita terlupa untuk berhenti dan berehat seketika. Berikan sedikit masa untuk diri sendiri semasa bekerja untuk menghirup udara segar, makan dan berehat seketika untuk membebaskan minda daripada gangguan. Waktu senggang selama lima belas minit memberikan pulangan besar untuk produktiviti anda di penghujung hari.
Kehidupan: Bergantung kepada situasi anda, kehidupan anda di rumah mungkin sesibuk di pejabat. Membayar bil, melakukan kerja rumah atau menghantar anak-anak beriadah di hujung minggu boleh mengurangkan tenaga anda dengan pantas. Penting bagi anda menyediakan sedikit masa untuk diri sendiri. Apabila anda tidak sihat, kesannya turut dirasai oleh semua orang, jadi berikan sedikit masa-untuk-saya – ia satu kemestian.
Asas untuk membina keseimbangan kerja-kehidupan bergantung kepada kemampuan kita untuk menyelesaikan kerja kita tepat pada masanya pada hari bekerja biasa. Jika kita mampu berbuat demikian, waktu lapang kita akan menjadi waktu lapang kita yang sebenar-benarnya.
Jadi, ikutilah 5 panduan dari kami untuk mencapai keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih sihat.
Ketahuilah fakta-fakta dan tip-tip yang berguna daripada kami bagi kehidupan yang lebih cerah. Hubungi kami pada bila-bila masa untuk maklumat lanjut.