Dengan matlamat menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup yang lebih sihat menerusi sukan bola keranjang, program Hoops+Health berusaha untuk membaik pulih gelanggang bola keranjang dan menganjurkan bengkel untuk jurulatih dan pemain muda di Indonesia, Filipina, Hong Kong, Malaysia, dan Vietnam sepanjang 2024. Di Malaysia, kami membaik pulih sebuah gelanggang bola keranjang di Kuala Ampang untuk meningkatkan tahap kemudahan dan keselamatan yang merangkumi penurapan semula permukaan, membaiki kemudahan, mengecat semula dinding dan bumbung serta menambah baik kelengkapan dan kemudahan gelanggang.
Chan Teck Keng, Naib Presiden Persatuan Penduduk Kuala Ampang, Adam Burgess, Pengarah Program Beyond Sport, dan CEO kami Raymond Lew telah menyampaikan ucapan di majlis pembukaan gelanggang yang dibaik pulih ini pada 23 Mei 2024. Majlis ini turut dimeriahkan dengan pertunjukan tarian singa yang menarik dan perlawanan 3-lawan-3 antara pasukan Sun Life Malaysia dan belia tempatan. Gelanggang ini kini merupakan titik tumpuan sukan yang selamat bagi komuniti tempatan.
Inisiatif penuh bermakna ini bukan sahaja menyediakan kemudahan sukan yang baru dibaik pulih tetapi juga menampilkan kepentingan kerjasama dan penglibatan masyarakat untuk memupuk budaya sukan yang dinamik.