Apa Khabar Orang Kuching?
Selamat Datang ke Cawangan Baharu Kami!

header

Pejabat Kuching ini bukan sekadar sebuah pusat perkhidmatan bagi Pelanggan kami tetapi juga berfungsi sebagai pusat pembelajaran dan kerjasama dinamik, yang direka bentuk untuk menambah baik cara kami dan penasihat kami berhubung dan menyokong masyarakat sekeliling.


Majlis pembukaan yang meraikan budaya dan masyarakat tempatan sungguh meriah. Persembahan tradisional Sarawak memperlihatkan kekayaan budaya Borneo, diceriakan lagi dengan aksi akrobatik tarian singa dan disempurnakan dengan upacara memotong reben oleh CEO Sun Life Malaysia, Raymond Lew, sambil diiringi pasukan pengurusan yang dihormati. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Raymond, disusuli sesi suai kenal khas dengan barisan penasihat kami dan berakhir dengan jamuan ringan dalam suasana penuh meriah.


Pembukaan ini jelas menunjukkan kesungguhan dan kegigihan kami untuk mencapai pertumbuhan dan kecemerlangan. Sambil kami melangkah maju dalam perjalanan baharu ini, marilah kita terus memberi inspirasi dan menyuntik semangat kepada satu sama lain demi mencapai kejayaan bersama.


Lokasi pejabat cawangan Kuching baharu