header

Perancangan Pengganti Bagi Perniagaan Keluarga Kini Lebih Penting Dalam Suasana Pandemik

Selepas bertahan sejak sekian lama, perniagaan-perniagaan milik keluarga kini membentuk sebahagian penting daripada ekonomi Asia, termasuklah di Malaysia. Seperti banyak perusahaan lain, sebahagian besar perniagaan milik keluarga terkesan akibat gangguan yang timbul daripada pandemik COVID-19, dan sejauh mana mereka tergugat bergantung kepada sektor. Malah, situasi ini juga telah mempengaruhi faktor pengurusan kekayaan dan risiko.

Di Malaysia, satu daripada kebimbangan utama yang dihadapi oleh pemilik perniagaan generasi kedua ialah memastikan kemampuan mereka mewariskan perniagaan dan kekayaan hasil titik peluh keluarga yang diwarisi kepada generasi seterusnya

CEO, Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew, berkongsi pandangannya dengan The Star baru-baru ini, tentang kepentingan merancang untuk mencari pengganti bagi memastikan kesinambungan perniagaan keluarga di Malaysia. Beliau menggalakkan syarikat-syarikat milik keluarga di Malaysia untuk mula mencari penyelesaian perlindungan baharu untuk membina dan mengekalkan kekayaan dan menguruskan risiko dengan lebih baik untuk terus berkembang maju dalam normal baharu.

Baca selanjutnya di sini.