header

Diabetes – Nak Uji Atau Tidak?
Kempen Ujian Glukosa Darah Brighter Health

Memandangkan tujuh juta dewasa di Malaysia dijangka mengalami diabetes menjelang 2025, Malaysia bakal menjadi negara dengan kadar kelaziman diabetes tertinggi di Asia. Oleh yang demikian, usaha berterusan perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan mencegah diabetes.

Buat kali kedua, Sun Life Malaysia meneruskan perjuangan menentang diabetes dengan menawarkan pemeriksaan glukosa darah percuma menerusi Program Pemeriksaan Glukosa Darah Brighter Health.

Program yang diadakan dari Jun hingga September 2021, bertujuan menggalakkan pengesanan awal diabetes menerusi ujian glukosa darah dan bakal memanfaatkan 12,000 rakyat Malaysia. Kempen ini disokong oleh empat rakan kesihatan dan kesejahteraan, iaitu Walnut Wellness, Roche Diagnostics (M) Sdn Bhd, AM PM Pharmacy Sdn Bhd, and Multicare Pharmacy Sdn Bhd, melibatkan 113 kedai farmasi di seluruh negara.

Jangan lupa, tindakan kecil seperti menusuk jari anda untuk memeriksa paras glukosa darah boleh membantu anda mengesan risiko diabetes di peringkat awal. Marilah kita #TeamUpAgainstDiabetes!

Dapatkan maklumat lanjut di sini.