Nyatanya tiada formula ajaib mahupun jalan pintas untuk kekal sihat sejahtera. Kami percaya pendekatan kesejahteraan secara holistik boleh menjamin kesihatan dan kebahagiaan – justeru kami bertekad untuk membantu komuniti di seluruh negara menetapkan kedudukan kewangan, sambil menjaga kesihatan minda dan badan.
Setiap tahun, menerusi Program #BrighterWellness kami ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia cara yang mudah dan senang untuk membina kesejahteraan dan kesihatan menyeluruh, yang kian penting lebih-lebih lagi ketika sekatan pergerakan akibat pandemik.
Untuk memastikan anda kekal aktif dan sihat, kami akan melancarkan pelbagai aktiviti menarik, nasihat pakar, acara maya dan banyak lagi, menerusi platform digital dan media sosial. Mulakan perjalanan membina kehidupan sihat sejahtera dengan menyaksikan video pelancaran di sini
Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan terkini. Bersama-sama, marilah kita menikmati kehidupan lebih sihat sejahtera!
p/s: Saksikan sesi permulaan kami yang begitu menyeronokkan pada 26 Jun 2021